Sunday, 15 November 2015

Pemilihan Menu

Pemilihan menu

♥ pemilihan menu mestilah sesuai dengan sajian keraian dan sajian untuk kumpulan tertentu.


Sajian Keraian

  1. Hari perayaan

2. Hari jadi

3. Hari ulang tahun perkahwinan
 
4. Meraikan tetamu / pelancong

Sajian kumpulan tertentu

  1. kanak – kanak
— mempunyai lebih protein haiwan seperti daging, ikan dan telur.
— mempunyai lebih garam mineral seperti kalsium, zink, ferum, dan vitamin.
— mangandungi susu dan hasil tenusu.
— kurangkan daripada memberi terlalu banyak makanan manis.
— hidangan makanan perlu menarikdan dalam porsi kecil.
contoh menu :
  roti bakar
2. pesakit
    — perlu mengikut nasihat doktor.
    — mempunyai lebih protein untuk membina semula tisu.
    — mengandungi tambahan bekalan asid askorbik dan vitamin B, ferum, kalsium dan selulosa.
    — kurangkan pengambilan lemak
    — gunakan kaedah memasak merebus dan mengukus.
    — kurangkan penggunaan rempah
    — elakkan daripada menggunakan baki makanan.
    — hidang makanan dalam keadaan panas dan mengikut masa.
contoh menu :
Bubur Ikan

3. Si pulih
    — mengandungi banyak makanan protein.
    — boleh makan kebanyakan jenis makanan tetapi dalam kuantiti sedikit.
    — kurangkan pengambilan makanan berlemak susah dihadam seperti pastri dan makanan                     bergoreng.
contoh menu :
sup sayur campur


4. Ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak
    — hidangan perlu seimbang
    — memerlukan lebih protein dalam hidangan.
    — mempunyai lebih garam mineral seperti kalsium, fosforus, dan ferum.
    — mengandungi tambahan kalsiferol, dan vitamin B.
    — kurangkan pengambilan lemak.
    — mengandungi tambahan asid folik.
contoh menu :
a) ibu mengandung
  
                                                   puding buah-buahan
 b) ibu menyusukan anak
 
                                                           paru goreng
5. vegetarian
    a) tulen
       — mengandungi hanya sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, serta kekacang dan hasilnya
contoh menu :
Kacang Panjang goreng
                                                        
     b) lakto
        — mengandungi protein dari pelbagai sumber tumbuhan.
        — menggunakan Texturet Vegetable Protein ( TVP )
        — mengandungi hasil protein haiwan
        — menggunakan minyak dan lemak tumbuhan.
contoh menu :
Dalca
           

No comments:

Post a Comment