Sunday, 15 November 2015

Memasak


..PRINSIP DAN KAEDAH MEMASAK..
PRINSIP MEMASAK
Prinsip memasak ialah penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai. Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yag berbeza dapat memperbaiki rupa, warna, tekstur, rasa dan meminimumkan kehilangan nutrien dalam makanan.

TUJUAN MEMASAK
Tujuan makanan dimasak adalah supaya makanan itu selamat dimakan, memudahkan pencernaan, membaiki rupa dan tekstur makanan, lebih menarik dan menyelerakan , mempelbagaikan masakan dan menambah perisa makanan.

Kaedah memasak terbahagi kepada 2 iaitu :
HABA KERING
1.       Kaedah Menggoreng

Menggoreng ialah kaedah memasak makanan dalam minyak atau lemak yang telah dipanaskan.Terdapat tiga cara menggoreng, iaitu menggoreng kering, menggoreng tohor, dan menggoreng dalam minyak penuh.

2.     Kaedah Menggril
Menggril ialah kaedah memasak makanan dengan menggunakan api terbuka yang terhasil daripada bara api atau gril dapur atau elektrik. Contoh makanan yang digril ialag daging ayam, makanan laut, cendawan dan lembu.

3.     Kaedah Membakar

Membakar ialah kaedah memasak makanan dengan menggunakan pancaran dalam ketuhar seperti kek, pastri dan biskut.

4.     Kaedah Memanggang


Kaedah memanggang ialah memasak makanan menggunakan haba kering, nyalaan api terbuka atau ketuhar. Contoh makanan yang dipanggang ialah ayam, daging, dan jagung.

HABA BASAH
1.       Kaedah Mengukus


Kaedah memasak yang menggunakan wap daripada air mendidih. Ada 2 jenis mengukus iaitu langsung dan tidak langsung.

2.     Kaedah Merebus

Merebus ialah kaedah memasak makanan di dalam air mendidih (100 ْ C) dan dibiarkan masak sehingga lembut.

3.     Kaedah Mereneh

Mencelur ialah kaedah memasak makanan menggunakan air mendidih dalam jangka masa yang singkat. Makanan yang biasanya dicelur ialah sayur-sayuran.

4.     Kaedah Merendidih


Merendidih ialah kaedah memasak dalam cecair yang suhunya lebih rendah daripada 100 degree celcius di dalam periuk yang bertutup. Cara ini paling sesuai untuk potongan daging yang liat dan menggunakan cecair yang secukup sahaja. Merendidih boleh dilakukan di atas api atau di dalam ketuhar.


5.     Kaedah Mencelur


Mencelur ialah kaedah memasukkan makanan ke dalam air mendidih dengan tujuan melembutkan makanan itu.



No comments:

Post a Comment