Sunday, 15 November 2015

Perancangan Menu

PERANCANGAN MENU 


Menu 
Satu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu sajian. Perancang menu merupakan kaedah merancang sajian yang seimbang dan berkhasiat. Perancangan yang teliti membolehkan kita bekerja secara sistematik.

Perancangan menu
-Menu adalah satu hidangan yang lengkap untuk sesuatu sajian.

Tujuan merancang sesuatu menu ialah :
  • Menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang diperlukan.
  • Menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan.
  • Menyediakan sajian yang menarik, berkhasiat, menyelerakan dan digemari.
  • Mengikut anggaran perbelanjaan yang ditetapkan.


Faktor-faktor Penting dalam Perancangan Menu

    Keseimbangan Kandungan Nutrient

1. Untuk memperoleh kesihatan yang baik, setiap menu yang dirancang harus mempunyai kandungan nutrient yang cukup dengan kadar yang sesuai.
                                      
2. Semua menu yang dihidang mesti mengandungi jenis nutrient yang berikut:
a)     Karbohidrat
b)     Protein
c)     Garam mineral
d)     Lemak
e)     Vitamin

     Keperluan Fizikal

1. Keperluan zat makanan bagi setiap individu adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:
a) Umur
b) Tahap kesihatan
c) Saiz badan
d) Jenis pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan

2. Seorang kanak-kanak memerlukan lebih makanan yang berfungsi untuk pembina tubuh badan berbanding orang dewasa.

3. Hidangan menu yang kurang berminyak sesuai untuk seorang pesakit.

4. Manakala orang yang aktif memerlukan lebih makanan pemberi tenaga dan haba seperti nasi, roti, mentega dan keju.

      Kegemaran Individu

1. Semasa perancangan menu, makanan kegemaran setiap ahli keluarga perlu diambil kira. Ini adalah individu yang berlainan dalam sesebuah keluarga mempunyai makanan kegemaran yang berbeza.

2.  Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan bagi hidangan yang disajikan termasuk jenis makanan, kaedah memasak, rasa, dan tekstur makanan.

       Masa dan Perbelanjaan

1. Masa dan kos yang diperlukan untuk menyediakan sesuatu hidangan mesti diambil kira semasa merancang menu supaya tidak berlaku pembaziran.

2. Hidangan harian seperti sarapan haruslah memilih menu yang mudah dan cepat disediakan.

        Keseimbangan Sajian

1. Keseimbangan sajian ialah hidangan yang mempunyai variasi dan keseimbangan dari segi warna, teksur, rasa, bahan makanan, dan kaedah memasak.

2. Sesuatu sajian yang seimbang dapat menambah selera makan pengguna.

3.  Sesuatu sajian yang seimbang perlulah mengambil kira daripada pelbagai aspek, iaitu:
a)  Warna yang berlainan
b)  Rasa yang pelbagai seperti masam, manis, pedas, dan masin
c)  Tekstur seperti lembut, rangup, atau garing
d)  Kaedah memasak yang berbeza seperti menggoreng, mengukus atau merebus

                                

No comments:

Post a Comment